Latar Belakang Asrama

   Asrama SMK Sungai Paoh terdiri daripada lima blok bangunan dua tingkat dan 2 blok satu tingkat. Tiga blok untuk pelajar lelaki dan empat blok untuk pelajar perempuan.

   Asrama SMK Sungai Paoh boleh menampung 600 orang pelajar, 300 orang lelaki dan 300 orang perempuan. Pelajar- pelajar yang layak tinggal di asrama SMK Sungai Paoh adalah pelajar yang terdiri daripada ‘ Feeder Schools’ seperti SK Sg. Sentebu, SK Bukit Kinyau, SK Udin, SK Adin, SK Balong, SK Penghulu Andin, SK St. Andrew, SK Assun, SK Rentap, SK Jawa, SK Sg. Paoh, SK Sg. Petai, SK Tanah Putih, SK Selangan, SK Muara Payang dan SK Mandor Aris.   Selain daripada ‘Feeder Schools’, yang layak tinggal di asrama, terdapat juga beberapa orang pelajar dari daerah lain yang juga tinggal di asrama kerana berpindah dari sekolah lain atau atas sebab- sebab tertentu dan pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK).


   Asrama SMK Sg. Paoh mempunyai 10 orang warden asrama. Warden-warden ini akan memastikan setiap bilik @ tingkat masing-masing bersih, kemas, dan segala kerosakan dibaiki. Setiap bilik akan diketuai oleh pengawas @ ketua bilik. Pengawas-pengawas bilik @ ketua bilik akan membantu warden masing-masing untuk menjaga dan mengurus bilik dan tingkat mereka.

   Untuk memastikan keadaan asrama @bilik sentiasa dalam keadaan yang bersih dan ceria, pertandingan kebersihan dan keceriaan bilik diadakan, penghakiman akan dibuat pada setiap minggu oleh para Guru-Guru Kanan. Markah-markah akan dikumpul pada setiap hujung bulan dan bilik yang menag akan diumumkan semasa perhimpunan sekolah. Para pemenang akan diberi hadiah manakala bilik yang mengumpul markah terendah (bawah 60%) akan disuruh membuat kerja amal di asrama masing-masing termasuk warden-warden mereka.Setakat ini Asrama Fajar telah menjadi pemenang empat tahun berturut-turut untuk kategori asrama lelaki manakala Asrama Arif tiga tahun berturut-turut menjadi pemenang untuk kategori asrama perempuan.

   Sepanjang tahun pelbagai aktiviti dianjurkan sama ada lembaga warden atau lembaga pengawas. Antara yang sering dianjurkan seperti Malam Ngiling Bidai, Menyambut Ambang Merdeka, Pertandingan Futsal, Pertandingan Karaoke, Malam Ramah Tamah Aidilfitri dan pada tahun ini buat pertama kali Malam PraGawai dianjurkan. Demi memberikan keselesaan para penghuni asrama pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak sekolah dengan harapan penghuni asrama sentiasa ceria dan gembira sepanjang tinggal di asrama SMK Sg. Paoh