Perpindahan Guru Sesi Jun 2012


Puan Noorazlinawati Bt Ahmad

Seorang guru diluluskan permohonan perpindahan Sekolah. Cikgu Noorazlinawati Bt Ahmad yang berkhidmat selama 9 tahun lebih telah berpindah ke SMK Sri Aman. Pihak sekolah dan semua warga sekolah ingin merakam ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas jasa dan sumbangan guru berkenaan dalam mendidik para pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Malaysia. Semoga cikgu tersebut akan meneruskan perjuangan dan menaburkan jasa dan bakti di sekolah yang baru nanti dan beroleh kesihatan dan kejayaan dalam hidup serta kerjaya sebagai seorang guru. Terima kasih cikgu.